Thursday, October 28, 2010

Solat Hajat Perdana sempena peperiksaan PMR



Para pelajar tingkatan 3 sedang bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan PMR semakin hampir.Oleh itu,Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah mengadakan program Solat Hajat Perdana.Anda boleh melihat coretan sepanjang program diadakan di atas.

Kejayaan pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang dalam peperiksaan PMR

Kecemerlangan pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang dalam peperiksaan PMR pada tahun 2009 amat menggemparkan.Sebanyak 19  daripada 28 orang pelajar telah berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan tersebut.Dengan pencapaian ini,Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menjadi sekolah swasta yang kedua di malaysia.Berikut adalah detik-detik kegembiraan  mereka semua yang telah cemerlang dalam peperiksaan ini.










Kelihatan mereka sedang berdoa selepas menunaikan solat

Sejarah MTNP

           Maahad Tahfiz Negeri Pahang merupakan sebuah institusi yang dibuka pada awal tahun 2007.Maahad berada di bawah bimbingan Dato' Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz.Maahad mempunyai sebanyak 150 pelajar.Maahad ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berkarisma.Maahad ini juga mempunyai pekerja dan pensyarah yang begitu mahir dalam pelbagai bidang.



           Institusi ini juga mempunyai 3 bidang iaitu akademik,Al-Quran dan juga kokurikulum.Bidang akademok di sekolah ini sama juga seperti di sekolah lain cuma terdapat satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab.Dalam bidang Al-Quran pula,pelajar harus menghafal sebanyak 30 juzuk dalam masa 5 tahun diiring dengan pengulangan Al-Quran.Manakala dalam bidang kokurikulum pula,terdapat jenis-jenis sukan seperti equestrian,memanah,bolasepak dan ping pong.Pada setiap tahun,institus ini menghantar wakil dalam setiap acara sukan ini.Acara sukan yang paling mendapat tumpuan ialah acara equestrian.Berikut adalah gambar mereka yang sedang bersukan.